Citation
Ling, Tian Wong and Md Khambari, Mas Nida
(2016)
Pemilihan media pengajaran dalam reka bentuk pengajaran.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 614-621).
Abstract
Media pengajaran merupakan saluran komunikasi yang mengandungi mesej pendidikan dan digunakan oleh pendidik dalam sesi pengajaran bagi menyampaikan isi pelajaran di samping memudahkan proses pemahaman pelajar. Media pengajaran telah melalui proses perkembangan yang pesat seiring dengan era digital dan pascaglobalisasi ini. Kepelbagaian jenis media telah meningkatkan impak dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan media pengajaran yang sesuai berdasarkan tahap pelajar, objektif, dan isi kandungan adalah langkah wajib dalam reka bentuk pengajaran. Kertas konsep ini menjelaskan peranan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping membincangkan faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pendidik dalam usaha pemilihan media pengajaran yangs sesuai. Pemilihan media pengajaran yang diperincikan hanya fokus pada konteks bilik darjah supaya dapat dijadikan panduan kepada pendidik di institusi pendidikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |