Citation
Che Hassan, Norhazura and Salim, Siti Suria
(2016)
Hubungan antara kecerdasan emosi, stres, kemurungan dan keagresifan dalam kalangan pelajar asrama sekolah menengah agama tinggi.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 581-588).
Abstract
Keadaan psikologi rakyat Malaysia adalah membimbangkan, kes-kes yang berkaitan dengan keagresifan semakin meningkat dengan pesat berikutan krisis ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat. Ia juga telah memberi impak kepada remaja-remaja sekolah susulan peningkatan kes juvana yang telah dilaporkan pada 2015 sebanyak 111 peratus oleh Harian Metro. Manakala, kajian lepas menyatakan kekurangan amalan kerohanian dan penghayatan agama dalam diri boleh menyebabkan masalah tingkah laku tetapi masih terdapat kes yang melibatkan keagresifan dalam kalangan pelajar sekolah agama yang mengamalkan amalan rohani dan penghayatan agama pada 2015. Maka, kajian ini akan mengkaji faktor psikologi (kecerdasan emosi, stres, kemurungan) dan keagresifan dalam kalangan pelajar asrama sekolah agama menengah tinggi. Pelajar asrama sekolah agama menengah tinggi mempunyai gaya amalan kerohanian dan penghayatan agama yang terkawal dan mempunyai jadual masa untuk sesi penghayatan agama islam yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah maka sepatutnya tiada masalah keagresifan dalam kalangan mereka tetapi tiada kajian yang mengesahkannya. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji tahap keagresifan secara reaktif agresif dan proaktif agresif dalam kalangan responden yang mana reaktif dan proaktif agresif dapat mengukur motif dan situasi berlakunya keagresifan tersebut. Selain itu, faktor-faktor psikologikal seperti kecerdasan emosi, stres dan kemurungan akan dijadikan sebagai alat pengukur kepada sikap keagresifan dalam kalangan responden. Ia akan dijalankan di Sekolah Agama Menengah Tinggi sekitar Selangor. Objektif kajian ini adalah Hasil kajian ini akan membantu pengamal, sekolah, pentadbir, pelajar, dan kerajaan untuk membantu mengurangkan kes-kes kesihatan mental di seluruh Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |