UPM Institutional Repository

Kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak sekolah sukan Negeri Sembilan


Citation

Zainol Abidin, Zamzuri and Soh, Kim Geok and Yusof, Aminuddin and Samsudin, Shamsulariffin (2016) Kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak sekolah sukan Negeri Sembilan. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 547-554).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kekuatan mental pemain bola sepak yang bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap kekuatan mental antara posisi pemain. Responden kajian terdiri daripada semua pemain bola sepak yang menuntut di Sekolah Sukan Negeri Sembilan (n=65) dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kekuatan mental ini ialah Sport Mental Toughness Questionnaire yang dihasilkan oleh Sheard, Golby, dan Van Wersch (2009). Soal Selidik ini meliputi faktor keyakinan, kesabaran dan kawalan. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap kekuatan mental pemain bola sepak Sekolah Sukan Negeri Sembilan masih berada pada tahap sederhana. Justeru itu, pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi meningkatkan dan mengekalkan kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak kerana mereka merupakan pelapis kepada pasukan senior negara.


Download File

[img] Text
53-64.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (463kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Mental toughness; Football; Sport Mental Toughness Questionnaire
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 02:11
Last Modified: 18 May 2018 02:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60228
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item