Citation
Mohd Zain, Azrani and Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Asimiran, Soaib and Mohamed Razali, Abu Bakar
(2016)
Kefahaman dan amalan penyeliaan pengajaran pengetua di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 522-528).
Abstract
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman dan amalan penyeliaan pengajaran pengetua di Sekolah Menengah. Pendekatan kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini untuk pengumpulan data. Perbincangan tertumpu kepada empat bahagian utama iaitu penyeliaan pengajaran, kefahaman pengetua, amalan penyeliaan pengajaran pengetua dan teoretikal kajian. Di mana kajian ini melihat kepada keperluan untuk pengetua melakukan penyeliaan terhadap pengajaran guru di bilik darjah. Seterusnya kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pengetua terhadap penyeliaan pengajaran. Selain itu, kajian ini juga melihat apakah amalan penyeliaan pengajaran yang diperaktikkan oleh pengetua semasa melaksanakan penyeliaan pengajaran guru di bilik darjah. Akhirnya kajian ini menghuraikan model-model yang digunakan sebagai teoretikal kajian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |