UPM Institutional Repository

Kesan manipulasi fokus penumpuan terhadap pembelajaran kemahiran lontaran petanque


Citation

Abd Aziz, Shamsharizal and Amri, Saidon and Abdullah, Borhannudin and Kok, Lian Yee (2016) Kesan manipulasi fokus penumpuan terhadap pembelajaran kemahiran lontaran petanque. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 476-483).

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesan manipulasi fokus penumpuan (fokus luaran dan dalaman) terhadap pembelajaran kemahiran lontaran pointing petanque dengan mengawal faktor kebolehan kognitif dan efikasi-kendiri. Kajian-kajian terdahulu didapati tidak mempertimbangkan faktor-faktor ini dalam mengkaji kesan tersebut. Justeru, isu ini penting untuk ditangani bagi memastikan kesan fokus penumpuan terhadap pembelajaran kemahiran motor tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang juga didapati memberi kesan terhadap pembelajaran tersebut. Untuk itu seramai 135 orang peserta lelaki yang tiada pengalaman dalam permainan petanque telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Mereka juga terdiri daripada individu dengan tahap kebolehan kognitif yang sama (tahap sederhana) yang ditentukan menggunakan Raven’s Advanced Progressive Matrices (APM) (Raven, Court, & Raven, 1988). Efikasi-kendiri peserta pula diukur menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari panduan membina skala efikasi-kendiri oleh Bandura (2006). Secara umumnya dapatan kajian menyokong kajian terdahulu yang mendapati fokus penumpuan luaran memberi manfaat kepada pembelajaran kemahiran lontaran pointing petanque manakala peranan yang dimainkan oleh kebolehan kognitif dan efikasi-kendiri dibincangkan dengan lebih terperinci.


Download File

[img] Text
53-57.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (588kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Attentional focus; Motor learning; Cognitive abilities; Self-efficacy; Petanque
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 02:12
Last Modified: 18 May 2018 02:12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60221
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item