Citation
Baharin, Norlizawaty and Kamarudin, Nurzatulshima
(2016)
Inovasi pengajaran dan pembelajaran sains: Google Classroom.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 441-446).
Abstract
Sistem pendidikan pada masa kini berkembang dengan begitu pesat terutamanya dalam bidang ICT dan perubahan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan. Salah satu aspek penting adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan ‘Google Classroom’ sebagai inovasi dalam pengajaran serta pembelajaran sains. Pelbagai kelebihan penggunaan ‘Google Classroom’ dibincangkan antaranya dapat memupuk minat dan mendorong murid ke arah pembelajaran abad ke-21 serta meningkatkan pencapaian murid. Cabaran terhadap penggunaan ‘Google Classroom’ turut dibincangkan serta peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan penggunaan ‘Google Classroom’ dapat mencapai matlamatnya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |