Citation
Md. Said, Md. Salleh
(2005)
Pola Pengundian Masyarakat Bajau Dalam Politik Sabah Dari Tahun 1963 Hingga 2004.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi sikap pengundi Bajau
dan juga pola pengundian mereka dalam politik Sabah. Bagi menganalisis persoalan ini,
tiga pendekatan teoritis berkenaan dengan perlakuan pengundi telah digunakan, iaitu
pendekatan identifikasi parti, sosiologikal dan rasional. Data kajian diperolehi melalui
dua sumber utama iaitu primer dan sekunder. Sumber primer diperolehi melalui
temubual dengan pemimpin politik dan juga masyarakat Bajau di Sabah. Sumber
sekunder pula diperolehi dari semakan ke atas data keputusan pilihan raya yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), data kependudukan dan data
sosioekonomi Sabah selain daripada buku-buku yang berkaitan. Dapatan kajian
menunjukkan faktor pemilihan parti politik oleh kaum Bajau dalam pilihan raya dari
tahun 1963 hingga 2004 adalah berkaitan dengan kepentingan etnik masyarakat Bajau.
Kepentingan etnik ini dapat dilihat dalam konteks kepentingan agama Islam, kepentingan
mereka berhubung dengan isu-isu politik semasa dan isu-isu lain yang mempengaruhi
taraf sosioekonomi dan sosiopolitik seperti kemiskinan, pendidikan, ketidakadilan dan
pembangunan. Oleh kerana USNO ditubuhkan bagi membela kepentingan masyarakat
Bajau, khususnya kepentingan agama Islam, pembangunan sosioekonomi dan
sosiopolitik masyarakat Islam di Sabah, maka USNO telah ditanggapi oleh masyarakat
Bajau sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela kepentingan mereka.
Seterusnya hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor inilah yang menyebabkan
majoriti masyarakat Bajau menyokong USNO dengan konsisten semenjak pilihan raya
1963, meskipun berlaku perpecahan undi kerana isu-isu dan perkembangan politik
semasa. Sokongan yang konsisten dalarn pola pengundian masyarakat Bajau (kepada
USNO, dan kemudiannya kepada UMNO) membuktikan bahawa perlakuan pengundi
masyarakat Bajau bersifat statik. Oleh itu, meskipun wujud pelbagai isu dalam pilihan
raya, sama ada pada peringkat supralokal dan nasional, ketaatsetiaan masyarakat Bajau
kepada USNOIUMNO tidak berubah selagi isu-isu yang muncul itu tidak berupaya
mengancam kepentingan etnik Bajau. Berdasarkan hujah ini, maka analisis akhir kajian
ini adalah pola pengundian masyarakat Bajau adalah berasaskan identifikasi parti
berbanding dengan pendekatan sosiologikal dan rasional.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |