Simple Search:

Pluralisme Agama Menurut Perspektif Al-Quran


Citation

Bafagih, Ibrahim Rifqi (2005) Pluralisme Agama Menurut Perspektif Al-Quran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini ialah mengenai pluralisme agarna menurut perspektif al-Qur'an. Kajian ini membahas isu pluralisme agama dengan berdasarkan kepada perspektif al- Qur'an. Kajian ini bersifat Zrbrary reseach (kajian perpustakaan). Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah rnetod tafsir mawdii 'iy (tematik). Metod ini ialah mentafsirkan Al-Qur'an dengan menghimpun ayat-ayat al-Qur'an yang berbicara tentang topik tertentu. Ayat-ayat ini kemudian dikaitkan antara satu dengan lainnya. Kemudian mengambil kesimpulan tentang masalah tersebut menurut pandangan al-Qur'an. Kajian ini mendapati bahawa al-Qur'an mengiktiraf kewujudan beberapa agama yang dianut manusia. Pengiktirafan ini diiringi dengan pemberian kebebasan terhadap para penganutnya untuk menjalankan ibadah sesuai dengan ajaran agamanya. Kebebasan ini disertai pula dengan segala konsekuensi yang akan ditanggungnya sendiri. Dalam ha1 hi, al-Qur'an menyatakan bahawa agama yang diterima oleh Allah hanyalah agama Islam. Di sini, al-Qur'an mengajarkan urnat Islam untuk menghargai penganut agama lain demi menjamin terciptanya suatu hubungan sosial yang positif di dalam masyarakat. Al-Qur'an memberikan kebebasan kepada kaum Muslim untuk berinteraksi dengan penganut agama lain. Al-Qur'an memberikan batasan selagi ha1 tersebut tidak menimbulkan kekeliruan dalam akidah serta keimanan kaum Muslim. Al-Qur'an juga membatasi selag tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan adanya sikap permusuhan terhadap agama Islam mahupun kaum Muslim. Istilah yang digunakan oleh al-Qur'an yang mengenai golongan bukan Muslim dapat dibahagikan kepada kepada 3 golongan, iaitu ah1 al-kitiib, kafir dan musyrik. Pada umumnya, ayat-ayat al-Qur'an mengenai interaksi sosial terhadap golongan bukan Muslim dapat dikategorikan kepada 2 kategori. Pertarna, ayatayat yang berkaitan dengan situasi damai. Kedua, ayat-ayat yang berkaitan dengan situasi perang. Ayat-ayat tersebut mesti ditempatkan sesuai dengan situasinya masing-masing.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2005_4(1-24).pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Philosophy, Ancient
Subject: Ideology - Koranic perspective
Call Number: FEM 2005 4
Chairman Supervisor: Zaid Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 07 May 2010 11:20
Last Modified: 27 May 2013 15:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6018
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item