Citation
Mohd Pauzi, Nurakmal Balqiyyah and Zakaria, Noor Syamilah
(2016)
Pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan dalam kalangan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 238-242).
Abstract
Kerahsiaan merupakan elemen utama dalam proses kaunseling bagi mewujudkan kepercayaan dan hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien. Bagi menzahirkan kepercayaan dalam diri klien, kaunselor perlu meningkatkan kompetensi dalam konteks kerahsiaan dengan mengetahui, memahami dan mengamalkan etika kaunseling kerahsiaan supaya parameter kesejahteraan klien tercapai. Kajian ini memfokuskan kepada pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan kaunselor pelatih di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan pengumpulan data kajian daripada kaunselor pelatih prasiswazah yang sedang mengikuti internship kaunseling di Universiti Putra Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |