UPM Institutional Repository

Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah


Citation

Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi and Kamarudin, Nurzatulshima and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Mat Rashid, Abdullah (2016) Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 194-200).

Abstract

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aspirasi pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang mampu bersaing secara global. Usaha untuk meningkatkan KBAT ini dikukuhkan dengan memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). RBT ialah mata pelajaran penting yang di ajar pada Tahap II di sekolah rendah dalam usaha pembangunan modal insan abad ke-21 serta menjayakan aspirasi tersebut. Kejayaan aspirasi ini bergantung kepada keupayaan guru menyampaikan kemahiran tersebut kerana guru merupakan pelaksana kepada kurikulum. Namun begitu, pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru di Malaysia masih rendah dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih mengamalkan kaedah konvensional. Justeru itu, kertas konsep ini bertujuan membincangkan kesediaan guru, masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan pengajaran RBT melalui integrasi KBAT di peringkat sekolah rendah. Kesediaan guru amat penting terutamanya dalam pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogi KBAT seterusnya sikap terhadap pelaksanaan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini, keperluan guru yang dikenal pasti ialah kursus KBAT yang mengkhususkan kepada subjek RBT, modul, bahan maujud dan sumber bahan yang membantu pengajaran KBAT. Sokongan dan perkembangan profesional yang berterusan dalam pengkhususan mata pelajaran RBT adalah diperlukan agar guru-guru dapat meningkatkan pengetahuan aspek teori dan praktikal selain dalam pembinaan bahan-bagan sumber termasuklah Modul Pengajaran KBAT.


Download File

[img] Text
53-21.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (351kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Higher order thinking skills; Design and Technology; Teaching and learning; Standard Curriculum for Primary School (KSSR)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 00:45
Last Modified: 18 May 2018 00:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60163
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item