Citation
Jamil, Halimah and Said, Rozita @ Radhiah
(2016)
Pelaksanaan pentaksiran untuk pembelajaran (AFL) bahasa Melayu dalam pentaksiran berasaskan sekolah di Malaysia.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 186-193).
Abstract
Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning- AfL) atau pentaksiran formatif merupakan salah satu aktiviti yang dipraktikkan di dalam kelas antara guru dan murid. Murid melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru sebagai evidens yang dijalankan secara pentaksiran kendiri atau pentaksiran rakan sebaya yang bertujuan untuk memberi peluang kepada guru untuk melihat tahap kefahaman pembelajaran murid. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan salah satu pentaksiran yang terangkum dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS yang mula dijalankan pada tahun 2011 di sekolah rendah dan pada tahun 2012 untuk murid sekolah menengah merupakan sistem pendidikan yang baharu dan memerlukan guru untuk menguasai teknik pelaksanaan pentaksiran dengan baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Kertas ini menfokuskan kepada konsep, strategi, dan maklum balas pentaksiran untuk pembelajaran.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |