UPM Institutional Repository

Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah


Citation

Jamil, Halimah and Said, Rozita @ Radhiah (2016) Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 84-94).

Abstract

Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah telah mengalami perubahan format sejak dilaksanakan di sekolah dengan menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Kajian bertujuan untuk melihat kefahaman guru, pelaksanaan pentaksiran lisan seterusnya mengenal pasti ketepatan pemberian skor setiap band oleh guru. Kemahiran ini akan diuji berdasarkan sukatan pelajaran dengan merujuk kepada deskriptor bagi band yang dapat dicapai oleh murid. Pentaksiran lisan adalah Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu prosidurnya telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pelaksanaannya dirancang, ditadbir, dilaksanakan, dan dilaporkan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran deskriptor. Pelaksanaan kemahiran lisan merujuk kepada deskriptor yang terdiri daripada band satu hingga band enam menimbulkan kekeliruan kepada guru bahasa Melayu menengah rendah untuk melaksanakannya. Justeru kajian kes pelbagai lokasi akan dijalankan iaitu di empat buah sekolah berlainan kategori yang melibatkan seramai dua orang guru bahasa Melayu menengah rendah di setiap sekolah. Kaedah temu bual dan pemerhatian akan dilaksana bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman guru terhadap penskoran deskriptor pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah.


Download File

[img] Text
53-11.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (731kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Oral test; Secondary school teacher; Score description
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 00:43
Last Modified: 18 May 2018 00:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60140
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item