UPM Institutional Repository

Persepsi pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah terhadap matematik menerusi pendekatan 'Q-methodology'


Citation

Marham, Marsilah Anum and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Ahmad Tarmizi, Rohani (2016) Persepsi pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah terhadap matematik menerusi pendekatan 'Q-methodology'. In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 27-35).

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik terhadap Matematik serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi individu untuk belajar Matematik sama ada faktor individu (efikasi kendiri dan kepercayaan individu), faktor guru (gaya pengajaran, suasana kelas dan aspek penilaian) atau faktor sokongan lain (rakan sebaya, kurikulum dan masa pembelajaran). Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ dimana menerusi kaedah ini, persepsi pelajar yang subjektif terhadap Matematik dapat dilihat dan dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk memahami tingkah laku pelajar yang mengakibatkan pencapaian mereka dalam matematik. Seramai 30 orang pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau berpencapaian rendah dalam Matematik terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik mempunyai tiga kelompok perspektif berbeza terhadap Matematik iaitu kelompok pertama memandang berat terhadap gaya pengajaran guru, kepentingan rakan sebaya dan sikap positif efikasi kendiri, kelompok kedua melihat kepada faktor masa pembelajaran, sikap efikasi kendiri yang negatif dan kepentingan rakan sebaya manakala kelompok ketiga pula mempunyai sikap efikasi kendiri yang negatif, gaya pengajaran guru dan dasar kurikulum.


Download File

[img] Text
53-4.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (700kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Institute for Mathematical Research
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Perception on mathematics; Low achiever vocational college students;'Q-methodology'
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 00:43
Last Modified: 18 May 2018 00:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60133
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item