Citation
Marham, Marsilah Anum and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Ahmad Tarmizi, Rohani
(2016)
Persepsi pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah terhadap matematik menerusi pendekatan 'Q-methodology'.
In: Graduate Research in Education (GREDuc) 2016 Seminar, 17 Dec. 2016, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 27-35).
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik terhadap Matematik serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi individu untuk belajar Matematik sama ada faktor individu (efikasi kendiri dan kepercayaan individu), faktor guru (gaya pengajaran, suasana kelas dan aspek penilaian) atau faktor sokongan lain (rakan sebaya, kurikulum dan masa pembelajaran). Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ dimana menerusi kaedah ini, persepsi pelajar yang subjektif terhadap Matematik dapat dilihat dan dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk memahami tingkah laku pelajar yang mengakibatkan pencapaian mereka dalam matematik. Seramai 30 orang pelajar Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau berpencapaian rendah dalam Matematik terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kolej vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik mempunyai tiga kelompok perspektif berbeza terhadap Matematik iaitu kelompok pertama memandang berat terhadap gaya pengajaran guru, kepentingan rakan sebaya dan sikap positif efikasi kendiri, kelompok kedua melihat kepada faktor masa pembelajaran, sikap efikasi kendiri yang negatif dan kepentingan rakan sebaya manakala kelompok ketiga pula mempunyai sikap efikasi kendiri yang negatif, gaya pengajaran guru dan dasar kurikulum.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |