UPM Institutional Repository

Hubungan Antara Sosialisasi Dengan Budaya Politik Kelas Menegah Melayu Di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Citation

Wan Ahmad, Wan Ariffin (2005) Hubungan Antara Sosialisasi Dengan Budaya Politik Kelas Menegah Melayu Di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sosialisasi dan budaya politik merupakan satu bidang yang begitu menarik perhatian para sarjana politik. Sosialisasi politik pada asasnya merupakan proses pengasuhan, pengajaran dan pemindahan nilai-nilai, lambang-lambang dan perlakuan politik yang tertentu dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Proses pemindahan ini boleh berlaku sama ada oleh agen primer dan agen sekunder. Agen primer adalah terdiri daripada keluarga iaitu orang yang paling hampir dengan seseorang itu. Selain daripada itu agen sekunder juga penting dalam proses sosialisasi ini. Agen-agen itu ialah sekolah, persekitaran kerja dan media massa. Agen-agen sosialisasi berperanan mengikur peringkat-peringkat yang tertentu. Pada peringkat awalnya seseorang itu di dedahkan kepada agen-agen primer kemudiannya diperkuatkan oleh agen-agen sekunder apabila semakin dewasa. Dapatan kajian menunjukkan bagi kelas menengah Melayu di Shah Alam Selangor Darul Ehsan tiada satu agen yang dominan dalam semua keadaan. Agen-agen berkenaan saling pengaruh mempengaruhi dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalarn mensosjalisasikan seseorang itu. Budaya politik pada asasnya banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang telah dilalui oleh seseorang itu. Di dalam kebanyakan kes, jika proses sosialisasi yang telah dilalui adalah tinggi, kebiasaannya corak budaya politik adalah bersifat peserta, di mana masyarakat akan mengambil tahu terhadap isu-isu dan perkara-perkara politik yang terjadi atau berlaku disekeliling mereka. Jika sosialisasi politik yang dilalui adalah bersifat sederhana, maka budaya politik kebiasaannya adalah bersifat tertakluk peserta yang berrnakna kepekaan masyarakat kepada lambang-lambang, nilai dan struktur politik adalah sederhana dan mereka hanya akan mengambil tahu mengenai isu-isu politik yang berkaitan dengan mereka semata-mata. Sebaliknya jika, sosialisasi yang dilalui oleh seorang itu adalah rendah, kebiasaanya budaya politik adalah bersifat tertakluk iaitu sifat yang pasif terhadap nilai, larnbang-lambang dan struktur politik yang ada disekeliling mereka. Dalam ha1 hi, pada umumnya sifat budaya politik kelas menengah Melayu di Shah Alarn, Sefangor Dam1 Ehsan adalah bersifat tertakluk-peserta yang mana mereka akan mengambil tahu sebahagian daripada isu-isu, nilai dan sturktur politik yang ada disekeliling mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden yang telah melalui proses sosialisasi yang tinggi, kebiasaanya kecenderungan untuk mereka terlibat dengan politik adalah lebih tinggi berbanding dengan me& yang mengalami proses sosialisasi politik yang rendah.


Download File

[img] Text
FEM_2005_1.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Elites (Social science) - Malays - Political culture - Selangor
Call Number: FEM 2005 1
Chairman Supervisor: Professor Jayum A. Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 07 May 2010 02:27
Last Modified: 04 Jan 2023 08:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6013
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item