Citation
Abd. Rahim, Rosazizi
(2004)
Keberkesanan Penggunaan Perisian Rangsangan Komputer Ke Atas Kebolehan Matematik Kanak-Kanak Prasekolah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Komputer kini menjadi alat yang penting dalarn pengajaran dan pembelajaran kanakkanak
prasekolah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan perisian rangsangan komputer ke atas kebolehan matematik kanak-kanak
prasekolah. Sampel terdiri daripada 42 orang kanak-kanak berurnur lima dan enam
tahun, 24 orang dijadikan kumpulan eksperimen yang diberikan perisian rangsangan
komputer dan 18 orang dijadikan kumpulan kawalan yang tidak diberikan sebarang
perisian rangsangan komputer. Kajian ini memberi penurnpuan kepada empat aspek
kebolehan matematik kanak-kanak : konsep asas matematik, awal nombor, konsep
nombor dan operasi nombor.
Hasil dari analisis statistik didapati bahawa kanak-kanak berumur iima tahun mendapat
min skor kebolehan matematik pra dan pos ujian yang lebih rendah daripada kanak-kanak
yang berumur enam tahun (F1,40 = 5 12.25, ps .001). Kajian ini juga mendapati bahawa
jantina dan mempunyai komputer di rumah tidak memberi perbezaan yang signifikan ke
atas skor kebolehan matematik kanak-kanak yang dikaji.
Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan di kalangan kanak-kanak kumpulan
eksperimen terdapat perkaitan yang negatif antara bilangan adik beradik dengan skor
kebolehan matematik pra ujian (r = -.431, p< .05) dan pos ujian (r = -.443, p<. 05), dan
pendapatan per kapita semasa pos ujian (r = -.538, p< .05). Keputusan ujian korelasi
Spearman pula mendapati bahawa tahap pendidikan dan pekerjaan ibu bapa tidak
mempunyai perkaitan ke atas skor kebolehan matematik pra dan pos ujian kanak-kanak.
Analisis Ujian-t mendapati perbezaan yang signifikan antara skor kebolehan matematik
pra dan pos ujian kanak-kanak kumpulan eksperimen (t = -6.80, p< .001) berbanding
dengan kanak-kanak kumpulan kawalan (t = -7.20, ps .001). Walau bagaimana pun,
Analisis Varians Pengukuran Berulangan mendapati penggunaan perisian rangsangan
komputer tidak memberi kesan yang signifikan ke atas skor kebolehan matematik pra
dan pos ujian kanak-kanak eksperimen kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
kebolehan matematik masih boleh dicapai dengan atau tanpa menggunakan komputer.
Kajian ini memberi implikasi bahawa kanak-kanak boleh mendapat pengetahuan
matematik sama ada melalui kematangan atau persekitaran rumah dan tidak dipengaruhi
oleh penggunaan komputer.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Computer-assisted instruction - Mathematics |
Subject: |
Mathematical ability in children |
Subject: |
Mathematical ability - Testing |
Call Number: |
FEM 2004 13 |
Chairman Supervisor: |
Profesor Madya Rohani Abdullah, Ed.D. |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Nur Izzati Mohd Zaki
|
Date Deposited: |
07 May 2010 01:38 |
Last Modified: |
04 Jan 2023 02:03 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6001 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |