Citation
Suhid, Asmawati
(2005)
Persepsi Guru dan Pelajar di Selangor Terhadap Kesesuaian Pengagihan Komponen Adab dan Akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pendidikan berperanan penting dalam menghadapi masalah akhlak yang
membelenggu banyak masyarakat dunia kini. Para belia, malah ramai pelajar
sekolah di Malaysia mengalami keruntuhan akhlak ini. Menepati kepentingan dan
keperluan pendidikan nilai, akhlak dan moral, maka pelajar Islam di Malaysia
diwajibkan mempelajarinya menerusi Pendidikan Islam (PI). Bagaimanapun,
sepanjang pelaksanaannya, beberapa kajian mendapati PI kurang berkesan
dipandang dari sudut pembinaan akhlak pelajar. Untuk menangani kelemahan
ini, penyemakan semula PI kerap dilakukan dan kini Adab dan Akhlak Islam
(AAI) secara berperingkat-peringkat mulai 2003 diperkenalkan dalam PI.
Komponen AAI baru sahaja digubal, maka perlu dikumpul maklumat tentang
kesesuaiannya terutama berkaitan dengan kesediaan pembelajaran pelajar.
iii
Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti kesesuaian komponen AAI dengan
tahap kesediaan pembelajaran pelajar. Ini kerana, pengajaran menurut peringkat
perkembangan dan kematangan mental serta kesediaan pembelajaran pelajar
merupakan prinsip pembelajaran. Kesediaan pelajar mempelajari AAI dari sudut
domain kognitif sahaja yang difokus oleh kajian ini.
Kesesuaian komponen AAI dalam kajian ini merujuk kepada kesesuaian
pengagihan subbidang pembelajaran AAI mengikut kesediaan kognitif pelajar
untuk mempelajari subbidang-subbidang berkenaan. Kajian ini juga cuba
mengenal pasti nilai-nilai akhlak yang sesuai bagi setiap subbidang
pembelajaran AAI mengikut tingkatan agar pengajaran subbidang adab dan
akhlak itu lebih bermakna.
Kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan
data. Ia menggunakan kaedah triangulasi yang meliputi tinjauan ke atas guruguru
Pendidikan Islam, tinjauan ke atas pelajar-pelajar Islam yang mengikuti
Pendidikan Islam dan temu bual pegawai di Jabatan Pendidikan Islam Dan
Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk mendapatkan sampel kajian, teknik persampelan rawak berkelompok
digunakan. Sebanyak 294 orang responden guru Pendidikan Islam di daerah
Hulu Langat dan Petaling, Selangor terlibat dalam kajian ini. Begitu juga,
sebanyak 462 orang rseponden pelajar Islam meliputi tingkatan 1 hingga 5 di
iv
sekolah-sekolah daerah Hulu Langat dilibatkan dalam kajian ini. Manakala
kedua-dua responden yang bertanggungjawab secara langsung di bahagian
kurikulum Pendidikan Islam KBSM telah dilibatkan dalam temu bual.
Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan pengagihan sesetengah
subbidang pembelajaran AAI mengikut tingkatan antara Kementerian Pendidikan
Malaysia, guru dan pelajar. Dari segi kecukupcakupan subbidang pembelajaran
AAI, dapatan kajian menunjukkan ia masih kurang dan perlu ditambah. Tentang
nilai-nilai akhlak dalam pengajaran AAI, kajian ini mendapati bahawa
kesemuanya boleh diajarkan dalam mana-mana lima tingkatan di sekolah.
Bagaimanapun, tidak semua nilai akhlak itu diutamakan oleh guru.
Justeru, berdasarkan kajian ini, komponen AAI didapati kurang mantap dan nilainilai
akhlak perlu dinyatakan dengan eksplisit dalam kurikulum PI. Guru juga
perlu lebih dilibatkan dalam penggubalan sesuatu kurikulum agar ia lebih
bermakna dan menepati kesediaan pembelajaran pelajar
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(PhD)
|
Subject: |
Islamic education - Malaysia. |
Subject: |
High school teachers - Malaysia. |
Subject: |
High school students - Malaysia. |
Call Number: |
FPP 2005 36 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Abdul Rahman Bin Md. Aroff, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Siti Khairiah Yusof
|
Date Deposited: |
29 Apr 2008 21:31 |
Last Modified: |
27 May 2013 06:45 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |