UPM Institutional Repository

Hubungan kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan gaya pembelajaran terhadap tahap pemikiran reflektif pelajar pendidikan teknikal dan vokasional


Citation

Rahimi, Nik Hanis Zuraihan (2015) Hubungan kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan gaya pembelajaran terhadap tahap pemikiran reflektif pelajar pendidikan teknikal dan vokasional. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Elemen pembangunan pendidikan di Malaysia sering melibatkan kemahiran berfikir. Pemikiran reflektif merupakan salah satu cabang kemahiran berfikir yang diyakini berupaya mengurangkan jurang antara teori dan praktis dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran reflektif dan hubungannya dengan pemboleh ubah kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan gaya pembelajaran. Penyelidik menggunakan reka bentuk kajian korelasi dengan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 195 orang pelajar tahun akhir yang mengikuti program pengajian sarjana muda PTV. Data dianalisis menggunakan bantuan program perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap pemikiran reflektif yang tinggi. Pelajar memperoleh skor min yang tinggi dalam konstruk pemahaman, (M = 4.12, SP = .41) berbanding konstruk pemikiran reflektif yang lain iaitu tindakan lazim (M = 3.71, SP = .63), refleksi (M = 4.09, SP = .43), dan refleksi kritikal (M = 4.00, SP = .48). Manakala, analisis terhadap hubungan antara pemboleh ubah kesedaran metakognitif, penglibatan pembelajaran dan pendekatan gaya pembelajaran menunjukkan aras signifikan yang tinggi dan membuktikan memberi pengaruh positif kepada pemboleh ubah tahap pemikiran reflektif. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar dalam bidang PTV telah mencapai suatu tahap pemikiran reflektif yang memuaskan dalam pembelajaran mereka. Namun, dapatan kajian menyatakan pemikiran reflektif kritikal sukar dicapai oleh kebanyakan pelajar. Justeru, pelajar perlu sentiasa dilatih dan melalui proses bimbingan untuk memperoleh kemahiran berfikir secara reflektif kritikal. Daripada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjutan.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 64IR.pdf

Download (902kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Thought and thinking
Subject: Reflective learning
Call Number: FPP 2015 64
Chairman Supervisor: Abdullah Mat Rashid, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 30 Mar 2018 01:36
Last Modified: 30 Mar 2018 01:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59884
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item