UPM Institutional Repository

Pengaruh faktor individu-pekerjaan kepada penyesuaian kerja dalam kalangan guru baharu di sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur


Citation

Rajagani, Vichetera (2015) Pengaruh faktor individu-pekerjaan kepada penyesuaian kerja dalam kalangan guru baharu di sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Guru baharu mengalami proses penyesuaian kerja yang sukar. Pada awal kerjaya mereka diharapkan dapat menunjukkan kompetensi dan prestasi kerja yang baik. Walau bagaimanapun, kegagalan guru baharu terlatih dalam menghadapi cabaran semasa proses transisi dan proses penyesuaian kerja boleh menjejaskan profesionalisme mereka. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan faktor individu iaitu efikasi-kendiri dan kesepadanan individu-pekerjaan terhadap penyesuaian kerja. Peranan faktor organisasi iaitu mentoran dan budaya sekolah turut dikaji. Kajian initurut bertujuan mengenal pasti perbezaan dalam penyesuaian kerja berdasarkan faktor kelulusan ikhtisas dan tempoh perkhidmatan. Kerangka kajian ini telah dibina berdasarkan teori penyesuaian kerja oleh Dawis dan Lofquist (1984). Kajian tinjauan ini melibatkan 183 orang guru baharu yang dipilih melalui persampelan rawak mudah yang berkhidmat di Sekolah-Sekolah Kebangsaan di Kuala Lumpur bagi tahun 2011,2012 dan 2013. Borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen semasa pengumpulan data. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan program SPSS versi 19. Dapatan kajian menunjukkan guru baharu mempunyai persepsi kesepadanan individupekerjaan pada tahap paling tinggi manakala persepsi terhadap budaya sekolah berada tahap paling rendah. Analisis ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam penyesuaian kerja guru baharu berdasarkan faktor kelulusan ikhtisas dan tempoh perkhidmatan. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan wujudnya hubungan positif dan signifikan antara mentoran, efikasi-kendiri, kesepadanan individu-pekerjaan dan budaya sekolah dengan penyesuaian kerja. Dapatan analisis regresi pelbagai, kaedah ‘Enter’ menunjukkan budaya sekolah dan efikasi-kendiri memberikan sumbangan kepada penyesuaian kerja. Walau bagaimanapun budaya sekolah memberikan sumbangan yang terbesar sebanyak 23.2% terhadap varians dalam penyesuaian kerja guru baharu. Maka, kajian ini membuktikan efikasi-kendiri, kesepadanan individu-pekerjaan, mentoran dan budaya sekolah adalah faktor individu dan persekitaran yang berhubung kait dengan penyesuaian kerja. Hasil kerja telah memberi sumbangan teori dan praktikal dalam pembangunan sumber manusia di peringkat sekolah rendah. Ia juga membantu penyelidik dan pengamal pembangunan sumber manusia di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memahami isu-isu penyesuaian kerja guru-guru baharu di sekolah rendah.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 71IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Job satisfaction - Malaysia
Subject: High school teachers - Malaysia
Call Number: FPP 2015 71
Chairman Supervisor: Nor Wahiza Abdul Wahat, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 30 Mar 2018 03:06
Last Modified: 30 Mar 2018 03:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59794
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item