UPM Institutional Repository

Hubungan perapatan guru dengan murid dalam bilik darjah terhadap tingkah laku moral murid


Citation

Ngadmid, Syahruan Azan (2015) Hubungan perapatan guru dengan murid dalam bilik darjah terhadap tingkah laku moral murid. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengkaji perapatan antara guru dan murid dengan memfokuskan kepada hubungan perapatan guru dan murid terhadap tingkah laku moral murid. Dalam kajian ini, aspek perapatan yang menjadi fokus kajian ialah aspek sikap dan tingkah laku guru yang melibatkan sikap dan tindakan guru yang peduli, adil, peka terhadap keperluan murid, dan mesra. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk perapatan yang wujud dalam bilik darjah, melihat hubungan yang wujud antara guru dengan murid terhadap tingkah laku moral murid, dan mengenal pasti corak perapatan guru yang berbeza yang mempengaruhi tingkah laku moral murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif korelasi manakala data kuantitatif daripada temu bual dianalisis bagi mengenal pasti corak perapatan yang wujud dalam bilik darjah. Seramai 71 orang responden telah dipilih secara rawak di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Jasin, Melaka. Manakala peserta kajian temu bual pula dipilih secara bertujuan daripada sampel kajian kuantitatif. Data dikutip menggunakan borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan statistik non-parametrik iaitu korelasi Spearman dan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perapatan yang melibatkan sikap dan tingkah laku guru peduli dan adil tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tingkah laku moral murid. Manakala aspek sikap dan tingkah laku guru yang peka terhadap keperluan murid, dan guru yang mesra didapati mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tingkah laku moral murid. Bagi dapatan temu bual pula, corak perapatan adalah jelas berdasarkan kepada pengulangan sikap dan tindakan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala, bentuk hubungan yang wujud dalam bilik darjah adalah berbentuk hubungan luas. Implikasi kajian ini dilihat dapat dilihat daripada perspektif teoretikal dan praktis dalam matapelajaran Pendidikan Moral di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2015 70IR.pdf

Download (834kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teacher-student relationships - Research
Subject: Moral development
Subject: Interaction analysis in education
Call Number: FPP 2015 70
Chairman Supervisor: Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 30 Mar 2018 03:08
Last Modified: 30 Mar 2018 03:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59793
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item