UPM Institutional Repository

Penggunaan teknik dan intervensi kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah


Citation

Ahmad Kamil, Munirah (2013) Penggunaan teknik dan intervensi kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian deskriptif tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan teknik dan intervensi kaunseling yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani pelajar berisiko di sekolah menengah dengan memberi fokus pada dua aspek iaitu teknik berasaskan teori kaunseling dan kaedah intervensi bagi pelajar berisiko. Seramai 140 orang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Selangor terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Penggunaan Teknik dan Intervensi Kaunseling (IPTIK) yang dibina sendiri oleh pengkaji selari dengan tujuan kajian. Inventori ini mempunyai nilai kesahan kandungan di antara .79 hingga .88 manakala nilai kebolehpercayaan keseluruhan ialah .969. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian telah memberikan bukti empirikal tentang penggunaan secara sangat kerap bagi teknik mendengar secara aktif (66.4%) dan tahap penggunaan yang tinggi bagi pendekatan kognitif (min=3.56,sp=.760). Di samping itu, dapatan kajian turut membuktikan penggunaan secara sangat kerap bagi kaedah bimbingan individu (60.7%) dan tahap penggunaan yang tinggi bagi kaedah intervensi secara individu (min=4.18, sp=.655) dalam intervensi kaunseling yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling kepada pelajar berisiko. Dapatan kajian juga telah mengenalpasti lima masalah disiplin yang paling banyak pernah ditangani oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan masing-masing mencatatkan 99.3% iaitu menghisap rokok,mengganggu pengajaran dan pembelajaran, tidak menghormati guru, bermain dalam kelas dan ponteng sekolah. Kesimpulannya, intervensi kaunseling bagi pelajar berisiko telah dilakukan secara komprehensif demi membantu perkembangan kendiri dan mengubah tingkah laku mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah dengan mengaplikasikan teknik berasaskan teori kaunseling dan kaedah intervensi yang tertentu. Hal tersebut adalah selari dengan Teori Pembelajaran Sosial yang mengambil kira peranan kognitif dalam pembentukan tingkah laku seseorang remaja selain menjelaskan bahawa tingkah laku manusia ialah akibat daripada pengaruh interaksi antara kognitif, persekitaran dan perlakuan manusia lain. Justeru, dapatan kajian ini telah memberikan input kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam intervensi kaunseling bagi pelajar berisiko di sekolah menengah.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2013 79IR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Counseling
Subject: Counseling in secondary education
Call Number: FPP 2013 79
Chairman Supervisor: Wan Marzuki Wan Jaafar, PhD, KB, PA
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Mar 2018 02:47
Last Modified: 20 Mar 2018 02:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59708
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item