Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2010)
FBMK Anjur Persidangan Peranan Bahasa Membentuk Identiti Bangsa.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 1 Disember – Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) menganjurkan persidangan dalam kalangan para akademik dan penggiat bahasa mengenai peranan bahasa dalam mebentuk identiti bangsa.
Persidangan Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL) 2010 itu akan berkongsi hasil inovasi terkini dalam metodologi pengajaran dan pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan asing.
Persidangan anjuran Jabatan Bahasa Asing bertemakan ‘Languages and the Construction of Identities’ di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti, Putra Malaysia (UPM) itu dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah.
Beliau dalam ucapannya berkata persidangan itu akan menjadi pemangkin kepada kajian lintas-budaya dan antara displin pada masa hadapan yang akan memberikan pemahaman lebih baik mengenai peranan bahasa, identiti dan budaya.
“Pemahaman budaya masyarakat yang berlainan identiti ini adalah satu syarat kepada keberkesanan dalam membentuk satu komunikasi yang berkesan,” katanya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |