UPM Institutional Repository

Persepsiguru dan murid terhadap disposisi guru berkesan


Citation

A. Rahman, Khairul Anuar (2014) Persepsiguru dan murid terhadap disposisi guru berkesan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji persepsi guru dan murid terhadap disposisi guru berkesan. Kajian ini meliputi tiga konstruk dan sembilan subkonstruk. Konstruk-konstruk yang dikaji termasuk sahsiah keperibadian yang merangkumi subkonstruk sikap prihatin, sikap adil dan sikap tanggung jawab. Konstruk perwatakan fizikal pula termasuk subkonstruk cara berpakaian, wajah dan kekemasan diri dan konstruk kemahiran komunikasi terdiri daripada subkonstruk kemahiran bertutur, bahasa badan dan kemahiran kecindan. Setiap subkonstruk ini mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang akan memperjelaskan lagi subkonstruk tersebut dengan lebih terperinci. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif secara temu bual yang melibatkan guru dan murid, penelitian bukti dokumen serta pemerhatian ke atas guru yang terlibat dan telah dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor.Pemilihan sampel adalah berdasarkan kaedah rawak bertujuan yang melibatkan seramai empat orang guru daripada pelbagai latar belakang dan empat orang murid daripada Tingkatan Empat. Dapatan kajian menunjukkan aspekkeberkesanan guru mengikut persepsi yang dipersetujui oleh kedua-dua guru dan murid adalah meliputisubkonstruk sikap prihatin, sikap adil,sikap tanggung jawab, cara berpakaian, wajah, kekemasan diri, pertuturan dan bahasa badan manakala dalam subkonstruk ekspresi muka, faktor umur, kecantikan wajah dan kemahiran kecindan terdapat percanggahan persepsi antara guru dan murid. Aspek-aspek ini telah disenaraikan sebagai penting oleh murid manakala guru telah berpendapat sebaliknya. Kesimpulannya, kesemua subkonstruk yang disenaraikan ini akan membentuk suatu ciri guru berkesan mengikut pandangan guru dan murid. Di akhir kajian ini, pengkaji telah mengutarakan beberapa implikasi dan cadangan kajian lanjutan untuk diaplikasikan pada masa-masa akan datang.


Download File

[img]
Preview
Text
FPP 2014 65IR.pdf

Download (825kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Research
Subject: Students
Subject: Learning, Psychology of.
Call Number: FPP 2014 65
Chairman Supervisor: Tajularipin Sulaiman, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 20 Mar 2018 01:04
Last Modified: 20 Mar 2018 01:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59663
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item