UPM Institutional Repository

Perbandingan aspek pentaksiran lisan berdasarkan deskriptor KBSM dengan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)


Citation

Jamil, Halimah and Said, Rozita @ Radhiah and Md Sabil, Azhar and Mohd Kiram, Nor Azlina (2017) Perbandingan aspek pentaksiran lisan berdasarkan deskriptor KBSM dengan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-9. ISSN 2462-2079

Abstract

Di Malaysia perubahan kurikulum berlaku selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bagi memenuhi tuntutan tersebut keperluan serta perubahan kehidupan perlu bersifat dinamik. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang menggantikan KBSM yang melibatkan murid tingkatan satu telah dilaksanakan pada tahun 2017. KSSM merangkumi bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas bagi melahirkan pembangunan modal insan yang berjaya. Kurikulum baharu ini adalah berasaskan standard yang terdiri daripada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Bagi mata pelajaran bahasa Melayu, murid perlu mempelajari dan menguasai ketiga-tiga standard tersebut dalam kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Namun kertas konsep ini hanya akan menjelaskan mengenai perbandingan pelaksanaan pentaksiran lisan bahasa Melayu yang perlu dijalankan oleh guru dengan merujuk Standard Pembelajaran dalam DSKP bahasa Melayu KSSM berbanding dengan pelaksanaan pentaksiran lisan yang berpandukan deskriptor dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bahasa Melayu KBSM. Berdasarkan kajian literatur, guru berhadapan dengan kekeliruan terhadap deskriptor kemahiran lisan yang terkandung dalam PPPM semasa melaksanakan pentaksiran. Manakala DSKP menunjukkan rujukan yang lebih jelas dan menyeluruh sebagai penambahbaikan kepada PPPM melalui ketiga-tiga standard yang perlu dikuasai dan dipelajari oleh murid. Pemerhatian terhadap pelaksanaan Standard Pembelajaran pentaksiran lisan ini penting agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dalam kalangan guru bahasa Melayu tingkatan satu untuk melaksanakan pentaksiran di dalam kelas.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Perbandingan aspek pentaksiran lisan berdasarkan deskriptor KBSM dengan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).pdf

Download (37kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: KSSM for the Malay language; DSKP for the Malay language; KBSM descriptors; Learning standard; Speaking assessment
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 02 Mar 2018 01:33
Last Modified: 02 Mar 2018 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59414
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item