UPM Institutional Repository

Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas


Citation

Said, Rozita @ Radhiah and Mohd Shariff, Latifah and Abd Rahman, Fadzilah (2017) Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas. International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-12. ISSN 2462-2079

Abstract

Kajian kuantitatif deskriptif pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu (BM) Tingkatan Empat dijalankan antara objektif utamanya adalah untuk mengenal pasti kekerapan, cara melaksana dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaannya di dalam bilik darjah. 40 orang guru BM dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan dipilih sebagai respondan kajian. Data kajian diperoleh menggunakan borang soal-selidik 48 item sebagai instrumen. Data dianalisis untuk mendapatkan min, sisihan piawai, dan peratusan bagi setiap item soalan. Dapatan menunjukkan lima kaedah koperatif tertinggi yang menjadi pilihan guru BM ialah kaedah Round Robin Brainstorming yang mencatatkan (min= 3.78,SP=.920). Dikuti dengan kaedah Team Present To Other Team (min=3.68, SP=1.34). Kaedah Think Pair Square dan kaedah Think Pair Share turut berada dalam kategori min tertinggi (min=3.63,SP=.925) dan kaedah Round Table (Min=3.55,SP=.846). Manakala Item 1 “saya memilih struktur yang bersesuaian dengan tajuk karangan” memperoleh skor paling tinggi (min=4.48,SP=.640) untuk menerangkan cara pelaksanaannya di dalam bilik darjah. Dapatan kajian juga menunjukkan pelaksanaan aktiviti pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan masih tertumpu pada beberapa aktiviti konvensional dan kebanyakan aktiviti baharu agak kurang dilaksanakan oleh guru. Walau bagaimanapun sikap guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif berada pada tahap positif. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu semua guru bahasa Melayu sekolah menengah dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memantapkan elemen pembelajaran koperatif yang merupakan salah satu pendekatan dalam pembelajaran abad 21.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas.pdf

Download (50kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Implementation; Cooperative learning; Teaching writing; Malay language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Mar 2018 08:37
Last Modified: 01 Mar 2018 08:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59413
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item