Citation
Chong, Ai Peng and Mohd Daud, Shaffe
(2017)
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru pendidikan khas bermasalah pendengaran.
International Journal of Education and Training, 3 (2).
pp. 1-11.
ISSN 2462-2079
Abstract
Untuk menangani cabaran abad ke-21 khususnya dalam bidang pendidikan, seseorang guru perlu memiliki cukup pengetahuan supaya mereka tidak ketinggalan dalam era globalisasi. Guru pendidikan khas bermasalah pendengaran (PKBP) turut tidak terkecuali. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) terhadap 220 guru PKBP dari segi tujuh komponen iaitu: Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK), Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) serta faktor-faktor yang mempengaruhinya (jantina, pengalaman mengajar, bidang pengajaran). Secara keseluruhannya, guru PKBP mempunyai tahap PK, PP, PPK dan PT yang tinggi namun apabila pengetahuan ini digabungkan menjadi PTK, PTP dan PTPK, tahapnya turun kepada sederhana. Menariknya, faktor jantina dan pengalaman mengajar masih merupakan faktor peramal kepada pengetahuan teknologi guru walaupun teknologi digital telah diperkenalkan ke sekolah sejak tiga dekad yang lalu. Secara khususnya, dapatan kajian menunjukkan guru lelaki PKBP mempunyai tahap PT, PTK, PTP yang lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan guru perempuan. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa guru PKBP berpengalaman mempunyai tahap PK, PP dan PPK lebih tinggi dan signifikan tetapi PT mereka adalah lebih rendah berbanding guru PKBP novis. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi semua tujuh komponen PTPK berdasarkan bidang pengajaran iaitu Bahasa, Kemanusiaan, Sains dan Matematik serta Teknik dan Vokasional dalam kalangan guru PKBP. Cadangan dan implikasi daripada hasil kajian dibincangkan untuk mempromosikan dan memudahcarakan pengintegrasian teknologi dalam kalangan guru-guru PKBP di Malaysia.
Download File
Preview |
|
Text (Abstrak)
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru pendidikan khas bermasalah pendengaran.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |