UPM Institutional Repository

Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah


Citation

Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi and Kamarudin, Nurzatulshima and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2017) Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah. International Journal of Education and Training, 3 (2). pp. 1-7. ISSN 2462-2079

Abstract

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan negara menjadi aspirasi kepada pembentukan generasi yang mampu bersaing dan berjaya di peringkat global. Penekanan KBAT ini dikukuhkan dengan memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran RBT di ajar pada Tahap II di sekolah rendah sebagai satu usaha membangunkan modal insan abad ke-21 sekali gus menjayakan aspirasi tersebut. Sebagai pelaksana kepada kurikulum yang telah dibentuk, keberhasilan dalam menjayakan aspirasi ini bergantung penuh kepada keupayaan guru dan kemahiran guru. Namun begitu, guru-guru di sekolah masih mengamalkan kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan pembelajaran malahan keupayaan untuk menerapkan KBAT juga masih rendah. Justeru, kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan kesediaan guru, masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran RBT melalui integrasi KBAT di peringkat sekolah rendah. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi KBAT dalam usaha untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid. Pada masa ini, keperluan guru yang dikenal pasti ialah kursus pendedahan KBAT yang mengkhususkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran mata pelajaran RBT, penggunaan modul RBT, bahan maujud dan sumber bahan yang membantu pengajaran KBAT. Selain itu, sokongan dan perkembangan profesional yang berterusan dalam pengkhususan mata pelajaran RBT perlu diperkukuh agar guru-guru RBT dapat menguasai pengetahuan kandungan dan pedagogi dari segi teori dan praktikal yang dapat menjurus kepada penerapan KBAT di bilik darjah.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah.pdf

Download (37kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Higher order thinking skills (HOTS); Design and Technology (RBT); Teaching and learning; Standard Curriculum for Primary School (KSSR)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 01 Mar 2018 07:57
Last Modified: 01 Mar 2018 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59410
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item