UPM Institutional Repository

Penerimaan nilai moral dalam kalangan pelajar pendidikan moral di sebuah sekolah menengah di Sabah


Citation

S De Asildo, Noor Zulina (2015) Penerimaan nilai moral dalam kalangan pelajar pendidikan moral di sebuah sekolah menengah di Sabah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian yang mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini dijalankan untuk meneroka dan memerihalkan fenomena pemahaman nilai-nilai moral dan penerimaannya dalam kalangan murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral di sebuah sekolah menengah di Sabah. Seramai 4 orang murid yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan terlibat sebagai peserta kajian dan 2 orang guru Pendidikan Moral turut ditemubual sebagai sokongan kepada jawapan murid. Kajian ini menggunakan kaedah temubual separa berstruktur dan analisis dokumen untuk menjawab tiga persoalan kajian iaitu (1) Apakah pemahaman murid tentang nilai-nilai moral dalam Pendidikan Moral? (2) Bagaimana penerimaan murid terhadap nilai-nilai moral dalam Pendidikan Moral? (3) Bagaimana nilai-nilai moral dihayati oleh murid dalam kehidupan seharian? Tema-tema yang ditentukan sebagai dapatan kajian ini diperoleh dengan melakukan proses pengekodan dan pengkategorian tema berdasarkan transkrip temubual dan dokumen yang dianalisis menggunakan kaedah biasa di samping bantuan perisisan Atlas t.i. Dapatan kajian bagi persoalan pertama diperihalkan berdasarkan tiga tema utama iaitu panduan tentang perkara yang betul atau salah, alat untuk mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat serta relevan dengan amalan seharian. Dapatan bagi persoalan kajian kedua pula menemukan tiga tema utama iaitu keperluan peribadi, kepatuhan serta kesejagatan. Dapatan persoalan kajian ketiga pula menggambarkan pemahaman nilai-nilai moral dan penerimaannya dalam kalangan murid diterjemahkan menerusi penghayatan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian. Penghayatan nilai-nilai moral digambarkan dalam tiga tema utama iaitu memahami nilai moral, menerima nilai moral dan mengamalkan nilai moral. Ringkasnya, pemahaman nilai-nilai moral dan penerimaannya perlu diambil kira dari perspektif murid yang mempunyai pelbagai latar belakang sosial dan pengalaman hidup untuk memastikan murid dapat menghayati nilai-nilai moral yang dipelajari melalui pemahaman, penerimaan dan amalan nilai-nilai moral dalam kehidupan. Oleh itu, amalan pengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan Pendidikan Moral di Malaysia khususnya perlu menghargai pandangan dan pengalaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.


Download File

[img] Text
FPP 2015 9.pdf - Submitted Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Moral education (Secondary) - Values
Subject: Study and teaching (Secondary)- Malaysia - Sabah
Call Number: FPP 2015 9
Chairman Supervisor: Nur Surayyah Madhubala Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 12 Nov 2018 06:39
Last Modified: 20 Nov 2024 02:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59250
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item