Citation
Hasbollah, Hassan
(2006)
Pemerihalan Tautan Dalam Wacana Mantera.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis tautan dalam wacana mantera
etnik Kedayan Sarawak. Fokus kajian ialah 253 wacana mantera yang diperoleh
daripada 23 informan di 8 buah kampung Kedayan. Teknik persampelan tak probaliti
dan persampelan bertujuan digunakan untuk memilih 23 informan tersebut. Strategi
yang digunakan ialah persampelan rantai, iaitu seseorang unforman dikenal pasti dapat
menghasilkan mantera dilakukan secara berantai dengan cara maklumat informan
selanjutnya diketahui melalui maklumat informan yang terdahulu. Dalam kajian ini,
kerangka analisis model Halliday dan Hasan (1976) telah digunakan sebagai dasar
analisis, dm telah diterapkan dalam analisis Model Tautan Pindaan (2002) untuk
membincangkan tautan dalanl wacana mantera etnik Kedayan Sarawak.
Hasil kajian mendapati 3 jenis tautan utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi,
dan tautan penghubung ayat yang menjadi tonggak analisis model tautan, didapati
benvibawa dan berkesan mengenal pasti tautan dalam wacana mantera. Tautan
perulangan paling banyak diperoleh, diikuti tautan kolokasi, dan tautan penghubung
ayat.
Tautan perulangan terbahagi kepada 7 subjenis tautan dm dikenal pasti memang
mempunyai kekerapan ikatan tautan, iaitu paling banyak dalam tzutan perulangan
leksikal, diikuti rujukan, struktur dan makna sama, elipsis, parafrasa, paralelisme, dan
penggantian. Dalam tautan perulangan rujukan, bentuk rujukan dapat dikelompokkan
kepada rujukan ganti nama, tunjuk, dan bandingan. Tautan perulangan penggantian dan
elipsis dikelompokkan pula kepada namaan, kerjaan, dan klausaan. Tautan perulangan
parafrasa, paralelisme, dan struktur dan makna sama didapati memperlihatkan unsur
yang bertaut bertaraf frasa atau klausa, manakala tautan perulangan leksikal mempunyai
10 golongan struktur leksikal, iaitu leksikal bentuk dan makna sempurna, kata umum,
kata sinonim, kata akar, kata kerja, leksikal nama bas, leksikal adjektif, kata majmuk,
leksikal gandaan dengan bukan gandaan, dm leksikal gandaan. Sejumlah 820 mantera
terlibat dalam tautan perulangan yang juga merupakan yang tertinggi.
Bagi tautan kolokasi, penelitian tautan berjaya dilaksanakan melalui 4 subjenis tautan,
iaitu tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohipo~imant,a utan kolokasi hasil, dan
tautan kolokasi sifat. Antara 4 tautan kolokasi itu, paling banyak ikatan tautan beriaku
dalarn tautan kolokasi kohiponiman, diikuti kolokasi sifat, tautan kolokasi antoniman,
dan tautan kolokasi hasil. Keempat-empatnya mempunyai kontruk ikatan tautan yang
terdiri daripada unsur lingusitik di peringkat kata, frasa, dan klausa. Walau
bagaimanapun tautan kolokasi antoniman, kohiponiman dan sifat sangat produktif di
peringkat kata, manakala tautan kolokasi hasil produktif di peringkat klausa. Sejumlah
665 mantera terlibat dalam tautan kolokasi yang juga merupakan kedua tertinggi.
Usaha menganalisis tautan dalam wacana mantera juga dapat dilaksanakan dengan
berkesan menggunakan tautan penghubung ayat, melalui 5 subjenis tautannya. Antara 5
subjenis tautan penghubung ayat, tautan penghubung ayat tambahan paling banyak
ikatan tautan, diikuti tautan penghubung ayat sebab-musabab, waktu, tentangan, dan
tidak ada ikatan dalam tautan penghubung ayat terusan. Tautan penghubung ayat
tarnbahan didapati mendukung isyarat makna khusus penegasan, penerangan, tambahan
sebenar, persamaan, dan pilihan. Tautan penghubung ayat tentangan dengan makna
khusuc tentangan sebenar 'walaupun', manakala penghubung sebab-musabab dengan
makna khusus sebab-akibat dan sebab-bersyarat. Tautan penghubung ayat waktu pula
mendukung makna khusus urutan, perhinggaan waktu, syarat-waktu, dan waktu batasdahulu.
Ternyata penghubung bentuk kata adalah yang paling produktif dalam 4
subjenis tautan penghubung ayat tersebut.
Dapatan kajian tentang pendokumentasian menunjukkan kebanyakan mantera dikuasai
oleh golongan tua. Dari segi jenis mantera, paling banyak ialah jenis mantera
perboy-lohan dan perbidanan, diikuti jenis mantera pakaian diri, pembantu peker-jaan,
dan kegunaan dalam upacara.
Oleh yang demikian, analisis model tautan didapati benvibawa dalam meneliti wacana
mantera. Analisis model tautan telah menghasilkan dapatan kajian yang jitu tentang
tautan dalam wacana mantera yang bercirikan jenis pengucapan bentuk puisi bebas.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |