Citation
Abu Bakar, Shamsuddin
(2006)
Analisis Takmilah Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Islam.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Cerpen-cerpen berunsur Islam kian meningkat perkembangannya dengan adanya
peraduan-peraduan yang dianjurkan di peringkat kebangsaan oleh pelbagai pihak
seperti Utusan Zaman dan Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia sejak tahun
1970-an hingga kini. Fenomena ini bertanggungjawab secara langsung melahirkan
ramai cerpenis berbakat, dan muncullah banyak koleksi cerpen-cerpen berunsur Islam.
Perkembangan kesusasteraan dalam bidang cerpen ini melahirkan penulis-penulis
cerpen yang konsisten dengan aliran kesusasteraan Islam. Cerpen-cerpen yang
dihasilkan membuktikan betapa nilai-nilai Islam dapat diterap dengan baik dalam
bidang kesusasteraan Islam, terutamanya dalam genre cerpen. Malahan kelahiran
cerpen-cerpen seperti ini turut melahirkan beberapa teori sastera Islam, antaranya iaitu
Teori Takmilah. Sebelum ini, banyak kajian-kajian kesusasteraan Islam dalam genre
puisi yang mengaplikasikan teori ini. Oleh itu, tesis ini cuba memperlihatkan betapa
teori yang diasaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar bersesuaian dengan kajian terhadap
cerpen-cerpen yang berunsur Islam. Pengkaji menggunakan teori ini dalam kajian tesis
kerana teori ini mampu menganalisis sama ada sesebuah karya itu benar-benar
menepati kriteria-kriteria kehendak sastera Islam atau tidak. Sehubungan itu, kajian
cerpen-cerpen yang memenuhi tujuh prinsip teori ini mendukung unsur-unsur Islam
yang perlu dihayati dalam kehidupan individu Islam. Tesis ini juga membuktikan
berdasarkan pengaplikasian Teori 'Takmilah, bahawa terdapat juga cerpen-cerpen yang
diiktiraf dalam Peraduan Mengarang Cerpen Berunsur Islam tetapi masih tidak boleh
dianggap sebagai karya yang bertunjangkan sastera Islam. Hasil analisis membuktikan
bahawa cerpen-cerpen yang mengaplikasikan ketujuh-tujuh prinsip Teori Takmilah
sememangnya merndukung ajaran Tauhid dan ini bersesuaian dengan konsep sastera
Islam.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |