Citation
Salim, Siti Sumaiyya and Asimiran, Soaib and Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Othman, Shamsudin
(2017)
Pengurusan Islam sebagai alternatif kepada amalan pengurusan pengetua cemerlang di sekolah menengah di Malaysia.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 399-409).
Abstract
Pengurusan dalam institusi sekolah merupakan satu elemen penting kerana pengurusan yang berkualiti dapat memastikan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid. Pengurusan Islam adalah landasan yang kuat dan sangat relevan kerana bersumberkan al-Quran dan as-sunnah. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang pengurusan Islam sebagai satu alternatif kepada Pengetua Cemerlang di sekolah menengah di Malaysia. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada konsep dan model Pengurusan Islam, peranan Pengetua Cemerlang, realiti amalan Pengurusan Islam serta usaha bagi merealisasikan amalan Pengurusan Islam di sekolah. Secara kesimpulannya, gabungan Pengetua Cemerlang dan Model Pengurusan Islam yang dianggap lebih holistik untuk dilaksanakan dalam organisasi sekolah merupakan satu alternatif dalam melaksanakan tuntutan transformasi serta menangani cabaran pendidikan alaf ke-21.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |