Citation
Ghazali, Siti Sabihah
(2017)
Kepimpinan keusahawanan, dari dunia perniagaan kepada dunia pendidikan: satu perubahan.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 354-360).
Abstract
Kepimpinan keusahawanan dalam pendidikan adalah sesuatu yang luar biasa dan dianggap ganjil untuk diaplikasikan kerana matlamatnya dalam dunia perniagaan adalah untuk menjana kewangan organisasi. Namun, perubahan yang melanda arena pendidikan di Malaysia mahupun di negara lain menuntut kepada pengaplikasian dan amalan kepimpinan keusahawanan diguna pakai. Sehubungan itu, perbezaan dari sudut pandang pendidikan terhadap kepimpinan keusahawanan dari segi pendidikan diperlukan kerana matlamat pemimpinan keusahawanan oleh pengetua dalah berbeza berbanding kepimpinan keusahawanan dalam perniagaan. Kompetensi Kepimpinan Pengetua Sekolah oleh Institut Aminuddin Baki menunjukkan wujudnya persamaan amalan dengan amalan kepimpinan keusahawanan pendidikan dalam kajian lepas. Sehubungan itu, kerelevanan kepimpinan keusahawanan dalam dunia pendidikan di Malaysia tidak boleh diabaikan. Bagi memastikan sekolah di Malaysia terus bergerak ke arah pendidikan yang berkualiti, maka pengetua sekolah di Malayisia perlulah bersedia berubah dalam aspek kepimpinan sekolah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |