Citation
Mohamed, Hanis and Mohd Puad, Mohd Hazwan
(2017)
Kemahiran employability dan kompetensi guru dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan seni kulinari di kolej vokasional.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 337-346).
Abstract
Penerapan kemahiran employability di kalangan pelajar telah menjadi tumpuan utama kepada semua institusi pendidikan di Malaysia mahupun seantero dunia. Ianya merupakan satu usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan di dalam industri. Secara tidak langsung ianya dapat membantu industri negara bersaing dalam ekonomi global dan meningkatkan pendapatan negara menjelang tahun 2020. Banyak kajian menunjukkan majikan lebih mengutamakan pelajar yang menguasai kemahiran employability berbanding dengan kemahiran teknikal sebagai penanda aras kebolehpasaran mereka (Will Archer & Jess Davision, 2008; Mohd yusof Husain et.al.,2010; Siti habibah Hassan et. al., 2012; Yahya Buntat et.al., 2013; Gurvinder Kaur Gurcharan Singh, 2015; Ang M.C.H, 2015). Guru yang kompeten menerapkan kemahiran employability dapat menghasilkan pelajar yang berkualiti untuk berada di pasaran kerja. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan dan pemahaman kemahiran employability dalam kalangan pelajar seni kulinari kolej vokasional dan persepsi mereka terhadap kompetensi guru dalam menerapkan kemahiran employability. Elemen kemahiran employability yang menjadi masalah kepada majikan dipilih untuk dibuat kajian iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran interpersonel, kreatif dan inovatif, kemahiran keusahawanan dan kemahiran kepimpinan. Seramai 245 responden telah dipilih secara rawak kluster yang melibatkan empat buah kolej vokasional kawasan tengah yang menawarkan kursus seni kulinari. Kajian deskriptif secara tinjauan ini akan menggunakan borang soal selidik berskala Likert dan data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social sciences (SPSS 23.0 for windows).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |