Citation
Awang, Kamarul Azaha and Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Suhid, Asmawati and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Mohamad, Ab Halim
(2017)
Implementasi strategi pembelajaran bahasa Oxford untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bahasa Arab di sekolah Yayasan Islam Kelantan: satu tinjauan konseptual.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 318-327).
Abstract
Kemahiran menulis merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang ditekankan sama ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) atau dalam Kurikulum Bersepadu Diini (KBD). Masalah pembelajaran murid dalam mempelajari kemahiran menulis bahasa Arab amat berkait dengan penggunaan strategi pembelajaran. Penggunaan strategi pembelajaran yang berkesan dipercayai menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan murid. Justeru, strategi pembelajaran bahasa Oxford yang dibincangkan dalam kertas konsep ini antara strategi yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bahasa Arab dalam kalangan murid. Implementasi strategi Oxford memberi fokus kepada aspek kognitif murid dan pengalaman pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan fleksibel dalam proses meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bahasa Arab.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |