UPM Institutional Repository

Hubungan antara stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar BPSP di Universiti Putra Malaysia


Citation

Yusran, Noor Ashira and Che Hassan, Norlizah and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2017) Hubungan antara stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar BPSP di Universiti Putra Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 309-317).

Abstract

Keadaan yang menyumbang kepada stres tidak dapat dielakkan oleh pelajar-pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) di UPM. Bebanan tugasan serta kurang kemahiran menguruskan masa menyebabkan pelajar BPSP menjadi stres seterusnya memberi impak kepada motivasi diri pelajar sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara stres dengan motivasi pencapaian dalam kalangan pelajar Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) (BPSP) di Universiti Putra Malaysia dan menjawab lima persoalan kajian tentang tahap stres dan tahap motivasi pencapaian pelajar BPSP dan perbandingannya berdasarkan jantina dan tahun pengajian. (UPM). Sampel kajian ini adalah 75 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Dapatan kajian dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 22.0. Tahap stres pelajar BPSP adalah pada tahap sederhana kerana kebanyakan mereka berhadapan dengan kerisauan terhadap prestasi akademik mereka. Manakala tahap motivasi pencapaian pelajar BPSP pada tahap sederhana tinggi kerana mereka punya dorongan kuat yang membolehkan mereka mengawal dan mengatasi cabaran dengan baik bagi mencapai objektif atau sasaran dalam pembelajaran mereka. Hasil perbincangan juga menjelaskan implikasi dan cadangan kajian terutamanya kepada pelajar BPSP untuk mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai strategi bagi mengatasi stres dan meningkatkan motivasi pencapaian dalam diri mereka.


Download File

[img] PDF
35-40.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (254kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Stress; Motivation; Achievement motivation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 05:15
Last Modified: 06 Feb 2018 05:15
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58806
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item