UPM Institutional Repository

Pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogi guru dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT): analisis kajian rintis


Citation

Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi and Kamarudin, Nurzatulshima and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2017) Pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogi guru dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT): analisis kajian rintis. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 410-418).

Abstract

Kemahiran berfikir dijadikan satu landasan sebelum membuat sebarang tindakan dan ianya melibatkan proses intelektual yang merangkumi pembentukan konsep, mengaplikasi, menganalisis dan menilai maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Kemahiran berfikir menjadi asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid semasa menimba ilmu. Justeru itu, kemahiran berfikir menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melakukan transformasi kurikulum pendidikan di samping memperkenalkan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kandungan kurikulumnya menjadikan murid mampu menghasilkan produk yang kreatif dan berasaskan teknologi sekali gus mata pelajaran ini memerlukan tahap kemahiran berfikir beraras tinggi. Pembentukan budaya kemahiran berfikir beraras tinggi dalam kalangan murid ini disandarkan kepada pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian dijalankan ke atas 36 orang guru mata pelajaran RBT di daerah Kinta Utara, Perak. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan isi kandungan guru RBT berada pada tahap lemah (M = 2.558, SP = 0.379). Begitu juga dengan kemahiran pedagogi guru RBT juga berada pada tahap kurang mahir (M = 2.625, SP =0.450) manakala penguasaan elemen kemahiran berfikir beraras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran RBT juga berada pada tahap lemah (M = 2.754, SP = 0.444). Implikasi kajian ini memberi maklumat kepada para guru untuk memantapkan pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi dalam kurikulum RBT bagi menerapkan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Malahan dapatan juga boleh dijadikan landasan bagi membangunkan kaedah pembelajaran yang terbaik bagi mengamalkan budaya kemahiran berfikir dalam bilik darjah dalam kalangan murid.


Download File

[img] PDF
35-48.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (266kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Curriculum framework; Subject knowledge; Pedagogical skill; Thinking skill; Design and Technology (RBT)
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 04:58
Last Modified: 06 Feb 2018 08:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58802
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item