Citation
Razali, Fazilah and Talib, Othman and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Hassan, Siti Aishah
(2017)
Pengukuhan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam sistem pendidikan di Malaysia.
In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 281-292).
Abstract
Keprihatinan sistem pendidikan Malaysia melahirkan tenaga mahir STEM bagi memenuhi keperluan industri dan memastikan perkembangan ekonomi negara setanding negara maju. Walau bagaimanapun kerumitan mengenal pasti faktor yang mampu membantu pelajar mencapai sasaran menguasai STEM akan mengakibatkan keseluruhan usaha yang telah dilakukan tidak berhasil. Penelitian terhadap keperluan pelajar pada setiap kurikulum yang dibentuk perlu diambil kira untuk mendapatkan keserasian perancangan dan tujuan sebenar dalam pendidikan untuk melahirkan modal insan yang mampu mendepani cabaran global. Proses pengukuhan STEM dalam sistem pendidikan akan menjadi penting dan mencabar apabila perlu mengaitkan penguasaan kurikulum dengan pembentukan kerjaya masa depan. Kertas kerja ini akan mengupas peredaran perkembangan STEM di Malaysia dalam kurikulum sains dan faktor yang penting dalam memenuhi aspirasi kerjaya STEM pelajar.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |