UPM Institutional Repository

Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan: kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Kuala Lumpur


Citation

Abang Ibrahim, Dayang Suryati and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2017) Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan: kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Kuala Lumpur. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 264-271).

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pembelajaran aktif yang boleh dikaitkan dengan peningkatan motivasi, pembentukan gaya pembelajaran dan tingkah laku terhadap pembelajaran kepada murid. Kajian ini menggunakan pendekatan koperatif dalam meningkatkan pencapaian murid untuk topik Lukisan Isometrik bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang dijalankan semasa Program Peningkatan Prestasi Murid selepas waktu persekolahan. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan soalan Lukisan Isometrik (aras tinggi) daripada peperiksaan SPM yang lepas. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan bilangan murid berada di Kumpulan Genggam iaitu daripada 24% kepada 38% dan Kumpulan Gapai A daripada 41% kepada 45% selepas intervensi dijalankan. Bilangan murid yang berada di Kumpulan Gilap A dapat dikurangkan daripada 34% kepada 17%. Kesimpulannya, pengkaji mendapati pembelajaran koperatif yang dijalankan memberi impak positif kepada pencapaian murid kerana pengajaran guru akan lebih berfokuskan kepada kemampuan setiap individu berbanding dengan menyamaratakan kemampuan murid secara keseluruhan di dalam bilik darjah.


Download File

[img] PDF
35-36.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (304kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Cooperative learning; Active learning; Engineering drawing subject; Academic achievement program for student; Motivation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 04:07
Last Modified: 06 Feb 2018 04:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58796
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item