Citation
Sastra, Gusdi
(2005)
Ekspresi Verbal Penderita Strok Dari Sudut Analisis Neurolinguistik.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Salah satu daripada gangguan ekspresi verbal yang kerap ditemui kesnya
dalam kehidupan harian ialah penderita strok. Strok merupakan masalah
kesihatan yang disebabkan oleh saluran darah di otak yang tersumbat atau
pecah, sehingga berlaku pendarahan dan fungsi otak terjejas. Apabila
fungsi bahasa yang terjejas, maka berlakulah gangguan berbahasa.
Pelbagai gangguan berbahasa atau yang dikenali dengan afasia, dapat
dikaji dan dianalisis secara neurolinguistik, ertinya menerusi pemerhatian
terhadap kesan yang wujud akibat kerosakan pada sistem saraf melalui
iv
kecelaruan bahasa pada penderita.
Kecelaruan berbahasa penderita strok pada penyelidikan ini, dikaji dengan
menggunakan teori gangguan pertuturan, iaitu teori kesilapan fonologi dan
proses penghasil kata oleh Kohn (1993), Blumstein (1994), dan Auden &
Bastiaanse (1999). Manakala kaedah kajian adalah secara psiko-neurolinguistik
dengan kaedah pemerhatian, kes, dan pemerhatian semulajadi, terhadap
penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penutur bahasa Melayu.
Data diperoleh daripada penderita strok yang menjalani rawatan di Rumah
Sakit Khas Strok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia, dan di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Selangor, Malaysia.
Berdasarkan analisis data dan dapatan kajian, baik secara kualitatif mahupun
kuantitatif, diperoleh hasil bahawa strok yang menyerang penderita berasal
daripada sindrom afasia, iaitu pendarahan pada medan yang sangat luas, mulai
daripada lobus frontal sampai ke temporal-parietal hemisfera kiri otak
penderita. Kemampuan verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau
d m pePtutttr 4Awm Ivfdqm banyak ditentukan OMSfa ktor linguist& dan
bukan linguistiknya. Faktor linguistiknya ialah modaliti bahasa dan terapi
pertuturan, manakala faktor bukan linguistiknya ialah motivasi, pendedahan
diri, dan aspek sosial penderita. Pelbagai faktor penyebab berlakunya strok
pada penderita, ialah faktor gangguan jantung, hipertensi atau penyakit darah
tinggi, kolesterol, merokok, kurang aktiviti fizikal, berat badan yang melampau,
gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang, dan faktor tekanan.
Ekspresi verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penderita
strok penutur bahasa Melayu, wujud melalui beberapa bentuk kesilapan verbal,
iaitu kesilapan verbal penggantian sebanyak 32 peratus, verbal pengguguran 48
peratus, verbal tidak berurutan 10 peratus, verbal penambahan 4 peratus, dan
verbal pemendekan 5.5 peratus. Banyaknya jumlah kesilapan verbal
pengguguran menandakan bahawa penderita menghidap sindrom afasia Broca
sehingga penderita sukar dalam mengawal impuls neuron secara motorik. Oleh
itu, penderita cenderung bertutur dengan cara menggugurkan, baik fonem
mahupun suku kata.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |