UPM Institutional Repository

Konflik emosi dalam lirik lagu 'Nipah oh Nipah'


Citation

Abd Rahim, Normaliza and Roslan, Siti Nur Aliaa and Roslan, Nur Maisarah (2017) Konflik emosi dalam lirik lagu 'Nipah oh Nipah'. Pertanika MAHAWANGSA, 4 (1). pp. 89-98. ISSN 2289-7259

Abstract

Kajian ini memberikan tumpuan terhadap konflik emosi melalui ujaran pelajar sekolah rendah di Selangor. Ujaran pelajar adalah melalui lirik lagu ‘Nipah oh Nipah’ dari Siri Si Pekaka Bercerita, Dewan Bahasa dan Pustaka. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan ujaran pelajar terhadap lirik lagu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek daripada beberapa buah kelas di sebuah sekolah di Selangor. Subjek diberi peluang untuk mendengar lagu ‘Nipah oh Nipah’ sebanyak 10 kali. Mereka diberi peluang untuk berbincang bersama rakan yang lain tentang makna lirik lagu tersebut. Selepas itu, subjek ditemu bual tentang emosi yang terkandung dalam lirik lagu tersebut. Ujaran daripada temu bual dianalisis dengan menggunakan analisis wacana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa subjek memberikan ujaran yang mengandungi konflik emosi melalui lirik lagu tersebut. Subjek dapat mengenal pasti emosi yang berlainan daripada setiap pokok nipah.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Konflik emosi dalam lirik lagu 'Nipah oh Nipah'.pdf

Download (48kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Conflict; Emotion; Interaction; Song lyrics; Animation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Jan 2018 08:25
Last Modified: 04 Jan 2018 08:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58268
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item