Citation
Uyob, Shalizaini and Salleh, Che Ibrahim
(2017)
Jati diri bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN.
Pertanika MAHAWANGSA, 4 (1).
pp. 33-48.
ISSN 2289-7259
Abstract
Perkembangan pesat bahasa Melayu di ASEAN ini berasaskan tiga faktor utama, iaitu faktor migrasi, perdagangan dan penyebaran agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu juga berkait rapat dengan sejarah bahasa itu yang pernah mengalami masa kegemilangannya, dan penutur jatinya yang mampu berdaya saing dalam menangani arus globalisasi. Kesamaan beberapa aspek bahasa dan budaya juga dapat membantu memperkasakan bahasa Melayu, khususnya dari aspek politik, ekonomi dan sosiobudaya. Untuk memperkukuh, merealisasikan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, pelbagai jalinan kerjasama serantau telah diperhebat, khususnya dalam perancangan taraf dan perancangan korpus. Antara yang memainkan peranan penting ke arah itu ialah Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Jaringan Pustaka dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS), dan lain lagi. Jalinan kerjasama serantau ini, jika diusahakan dengan tekun dan sistematik, dapat menjatidirikan bahasa Melayu ke martabat yang tinggi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |