UPM Institutional Repository

Aplikasi sistem maklumat geografi dalam pengurusan institusi wakaf di Selangor


Citation

W Mohd Sidik, Nik Mohd Saiful (2015) Aplikasi sistem maklumat geografi dalam pengurusan institusi wakaf di Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji potensi bagi mengaplikasikan perisian berteknologi tinggi Sistem Maklumat Geografi (GIS) ke dalam pengurusan dan pentadbiran institusi wakaf yang kini diuruskan berdasarkan undang-undang Islam. Kajian dijalankan menerusi rekabentuk kualitatif yang merupakan kajian bukan eksperimental yang menjurus kepada kajian kes yang dijalankan di negeri Selangor. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) dan temu bual terhadap pegawaipegawai di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Penganalisisan data adalah dengan menggunakan aplikasi GIS (Geographical Information System) iaitu ArcGIS versi 9.3. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab menguruskan urusan harta wakaf di Selangor. Di Selangor, terdapat 832 lot tanah yang direkod sebagai tanah yang diwariskan oleh MAIS. Dari 832 lot tanah tersebut, 517 diletakkan di bawah kategori wakaf am dan selebihnya di bawah kategori wakaf khas. Tanah ini digunakan sebagai tapak pembinaan untuk masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah. Data harta wakaf perlu dikemaskini dengan cara yang sistematik kerana ia boleh memudahkan pengurusan dan perancangan. Penggunaan perisian GIS dapat membantu untuk mencapai pengurusan harta wakaf yang lancar. Tanah wakaf boleh dipindahkan kepada bentuk peta dan dikategorikan mengikut potensi kegunaannya dengan menggunakan perisian ini. Setelah dikategorikan, tanah-tanah ini boleh dianalisis dan digunakan untuk pembangunan perancangan yang boleh memberikan manfaat kepada komuniti. Sistem ini boleh dipercayai dan patut dikomersialisasikan untuk penggunaan seluruh negara. Hasil dapatan, pengkaji telah mengenal pasti potensi aplikasi GIS di dalam pengurusan Institusi Wakaf di Negeri Selangor. Kedudukan (positioning) dan penjenisan institusi wakaf semasa di Selangor dapat dikenal pasti melalui pemetaan. Potensi pembangunan institusi wakaf juga dikenal pasti dengan merujuk kepada masalah-masalah tanah wakaf di Selangor. Kajian ini dapat memberi input terhadap potensi pembangunan institusi wakaf yang berperanan untuk memberi akses kepada pembangunan umat Islam. Dengan ini juga, keperluan dan pembangunan institusi wakaf dapat dilaksanakan secara efektif dan tersusun yang akhirnya menyumbang kepada kemajuan negara.


Download File

[img] Text
FEM 2015 27 D.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Waqf - Geographic information systems
Subject: Waqf - Charitable uses - trust and foundations
Subject: Geographic information systems - Malaysia - Selangor
Call Number: FEM 2015 27
Chairman Supervisor: Amaludin Ab. Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 02 Jan 2018 04:48
Last Modified: 11 Jan 2022 03:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item