Citation
Mamat, Mazli
(2015)
Pengaruh sosialisasi terhadap pengetahuan dan penglibatan mahasiswa Melayu dalam politik Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh sosialisasi terhadap pengetahuan dan penglibatan mahasiswa Melayu di Universiti Awam dalam politik Malaysia. Sosialisasi politik pada umumnya merupakan proses pengasuhan, pengajaran dan pemindahan nilai-nilai serta perlakuan politik dari satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif dan pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian melibatkan seramai 441 orang mahasiswa Melayu dari empat buah Universiti Awam iaitu,Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kaedah pensampelan pula menggunakan teknik pensampelan berstrata, manakala data dianalisis menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala, Regresi dan Korelasi. Kajian mendapati tahap pengetahuan mahasiswa Melayu mengenai politik berada pada tahap tinggi, begitu juga dengan
kepentingan mengundi. Namun, penglibatan mahasiswa Melayu dalam politik berada pada tahap yang rendah. Jantina dan tempat dibesarkan tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan dengan penglibatan politik, tetapi tempat tinggal semasa menunjukkan sebaliknya. Kajian mendapati agen sosialisasi media massa merupakan agen sosialisasi politik yang paling dominan mempengaruhi penglibatan mahasiswa Melayu dalam politik Malaysia berbanding agen sosialisasi keluarga, rakan sebaya dan institusi pendidikan. Secara keseluruhannya didapati mahasiswa yang melalui proses sosialisasi politik yang tinggi cenderung terlibat secara aktif dalam politik berbanding dengan responden yang mengalami proses sosialisasi politik pada tahap yang rendah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |