UPM Institutional Repository

Makna ujaran tak langsung dalam skrip drama terpilih dari sudut pragmatik


Citation

Zainal, Muhammad Zuhair (2015) Makna ujaran tak langsung dalam skrip drama terpilih dari sudut pragmatik. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Ujaran tak langsung mempunyai makna implisit yang sukar untuk difahami secara menyeluruh oleh pendengar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti ujaran tak langsung, menghurai dan menjelaskan makna ujaran tak langsung dalam skrip drama terpilih dengan menggunakan pendekatan pragmatik berdasarkan Prinsip Makna dalam Interaksi Thomas (1995). Data kajian ini bersumberkan ujaran tak langsung yang terdapat dalam skrip drama terpilih hasil tulisan Mustapha Kamal Yassin dan Usman Awang. Ujaran tak langsung yang dipilih dianalisis secara deskriptif dengan cara berorientasikan penutur dan pendengar serta menggabungkan faktor sosial penutur dan faktor kognitif pendengar. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa penggunaan ujaran tak langsung dalam penulisan skrip drama terpilih mengandungi perlakuan ujaran tertentu dan disampaikan dalam bentuk ayat yang berbeza iaitu ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Ujaran tak langsung yang dikaji mempunyai makna implisit yang dapat difahami makna sebenarnya berdasarkan makna abstrak, makna konteks, makna niat penutur dan interpretasi pendengar. Hasil kajian mendapati penyampaian makna ujaran tak langsung disampaikan secara tersembunyi kerana bertujuan untuk bersantun, menjaga air muka seseorang, menjadikan sesuatu bahasa lebih menarik atau kurang menarik, untuk mencapai matlamat yang berbeza dalam satu masa dan untuk memperjelaskan niat penutur. Di samping itu, penggunaan ujaran tak langsung dalam skrip drama terpilih dapat mencerminkan budaya halus dan akal budi tinggi yang dimiliki oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran untuk bertutur menggunakan ujaran tak langsung dan memahami makna sebenarnya perlu dipelajari dan dikuasai oleh pengguna bahasa.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 48RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Linguistics Subject:
Subject: Malay language - Style
Call Number: FBMK 2015 48
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ahmad Mahmood Bin Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 24 Oct 2017 04:06
Last Modified: 24 Oct 2017 04:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57863
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item