Citation
Juhari, Amir
(2015)
Lakuan pertuturan dalam mesyuarat pengurusan.
PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini berfokus pada penggunaan bahasa dalam kalangan ahli mesyuarat pengurusan di sebuah institusi pendidikan di Sarawak. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan pertuturan (LP) yang lazim digunakan
oleh ahli dan pengerusi mesyuarat. Mesyuarat ialah suatu bentuk komunikasi formal yang dilakukan oleh sesuatu pertubuhan atau organisasi yang bertujuan untuk membuat keputusan, dasar, atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Kajian ini juga bertujuan menganalisis jenis-jenis lakuan pertuturan yang biasanya digunakan di dalam mesyuarat dengan menggunakan pengkateogrian Bach dan Harnish (1979) dan Teori Lakuan Pertuturan oleh Searle (1969) yang berasaskan Teori Lakuan Pertuturan (TLP) oleh Austin (1962). Pengkategorian Bach dan Harnish dipilih untuk kajian ini kerana dilihat lebih terperinci oleh Van Peursem, Locke dan Harnish (2001) dalam menghurai
dan menganalisis lakuan pertuturan yang terdapat dalam mesyuarat ini. Kajian ini juga menghurai bentuk bahasa yang digunakan dalam mesyuarat. Penganalisisan data dihurai secara kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah
kajian lapangan dengan membuat pemerhatian dan rakaman berdasarkan lima sesi mesyuarat. Rakaman mesyuarat tersebut ditranskripsi untuk dianalisis bahasa yang terdapat dalam mesyuarat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lakuan pertuturan yang paling dominan ialah lakuan arahan. Terdapat perlbagai bentuk bahasa dalam mesyuarat seperti rutin bahasa, bahasa sapaan, bentuk pertanyaan, pengumuman dan sebagainya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |