UPM Institutional Repository

Analisis kontrastif sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Thai


Citation

Che Su, Norizan (2009) Analisis kontrastif sintaksis Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan aspek persamaan dan perbezaan sintaksis antara bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dengan bahasa Thai sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kedua-dua aspek ini merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Malaysia. Pelajar sering melakukan kesalahan dan kesilapan dalam aktiviti lisan dan tulisan dalam kelas bahasa Thai. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam aspek sintaksis (jenis ayat dan binaan ayat) antara bahasa Melayu dengan bahasa Thai, mengenal pasti jenis kesalahan dan kesilapan dalam aspek iii sintaksis oleh pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama yang mempelajari bahasa Thai di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan menentukan punca kesalahan dan kesilapan dalam aspek sintaksis dalam kalangan pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama yang mempelajari bahasa Thai di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan teori analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 100 orang pelajar UPM dan 82 orang pelajar UKM yang mempelajari bahasa Thai pada tahap satu hingga tahap tiga di dua Institusi yang dipilih. Hasil kajian ini juga mendapati sebanyak 97.1 peratus responden membuat kesalahan disebabkan struktur ayat bahasa Thai dengan struktur ayat Melayu berbeza. Seterusnya didapati punca para pelajar melakukan kesalahan dalam pembelajaran bahasa Thai adalah disebabkan pengaruh sistem B1. Dengan itu, penyelidik mengemukakan beberapa pendekatan dan cadangan dalam usa meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Thai sebagai bahasa asing di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
a__FBMK_2009_13.pdf

Download (405kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay language - Syntax - Case studies
Subject: Thai language - Syntax - Case studies
Call Number: FBMK 2009 13
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Apr 2010 09:10
Last Modified: 14 Oct 2025 08:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5774
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item