UPM Institutional Repository

Pengetahuan dan penglibatan belia di Kuching, Sarawak terhadap Gagasan 1Malaysia


Citation

Zainal, Zulkhairi (2015) Pengetahuan dan penglibatan belia di Kuching, Sarawak terhadap Gagasan 1Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada April 2009 bertujuan mengukuhkan ikatan perpaduan etnik sebagai asas keharmonian dan keamanan negara. Gagasan 1Malaysia adalah konsep asas pembangunan bangsa menuju kearah merealisasikan Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju. Namun untuk mencapai hasrat murni tersebut, kerjasama dan penyertaan anggota masyarakat amat perlu terutama golongan belia yang merupakan generasi pewaris pemimpin negara pada masa akan datang. Pelbagai kajian lepas sering mengaitkan Sabah dan Sarawak dengan isu „pembangunan tempang‟, „terpinggir‟ dan „tersisih‟ daripada agenda pembangunan nasional Malaysia. Tanggapan yang salah terhadap konsep Gagasan 1Malaysia pasti menghalang negara mencapai kejayaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dari sudut pemahaman, persepsi serta penerimaan dan penglibatan belia di Kuching,Sarawak terhadap Gagasan 1Malaysia. Responden kajian adalah seramai 382 orang yang berumur 18 hingga 40 tahun telah dipilih secara rawak. Responden terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Bidayuh,, Iban, Kenyah, Cina, India, Melanau, Kayan, Kelabit, Lun Bawang dan Brunei. Pemilihan responden berdasarkan kaedah persempelan rawak mudah berstrata. Tahap yang diukur, menggunakan soal selidik dan jawapan yang disediakan adalah dalam bentuk berskala dan boleh diukur mengikut objektif soalan. Hasil kajian tertumpu kepada empat aspek utama, iaitu, pemahaman, persepsi, penerimaan dan penglibatan sama ada pada tahap tinggi, sederhana atau rendah. Selain itu, analisis ujian Crosstab dan ujian kolerasi digunakan untuk menentukan perbezaan tahap penglibatan mengikut faktor demografi dan mengenalpasti perhubungan di antara pemahaman, persepsi dan penerimaan terhadap tahap penglibatan belia dalam program Gagasan 1Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap pemahaman yang tinggi terhadap Gagasan 1Malaysia (62.6%) dan persepsi positif terhadap Gagasan 1Malaysia (54.7%). Sementara itu, tahap penerimaan belia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah sederhana (68.1%) dan tahap penglibatan pula sebahagian besar adalah rendah (79.3%). Di samping itu, kajian juga mendapati hanya faktor umur dan jenis sektor pekerjaan sahaja mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap tahap penglibatan, manakala hasil ujian kolerasi mendapati tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara pemahaman, persepsi dan penerimaan terhadap tahap penglibatan belia dalam Gagasan 1Malaysia. Ternyata penerimaan dan penglibatan pada tahap kurang memuaskan boleh menjejaskan Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai wadah penyatupaduan nasional. Hasil kajian ini, diharapkan dapat menjadi petanda aras untuk tindakan penyelesaian dengan mengambil langkah seperti mempertingkatkan promosi dan memperkasakan kembali program agar bersesuaian dengan keperluan golongan belia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM 2015 13RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: National socialism and youth - Knowledge
Subject: Theory of - Malaysia
Call Number: FEM 2015 13
Chairman Supervisor: Sarjit Singh Darshan Singh, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 10 Oct 2017 04:55
Last Modified: 10 Oct 2017 04:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57535
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item