UPM Institutional Repository

Anteseden Bagi Konflik Kerja-Keluarga Dan Kesan Konflik Terhadap Kepuasan Kerja Ibu Tunggal


Citation

Ngah, Noryati (2009) Anteseden Bagi Konflik Kerja-Keluarga Dan Kesan Konflik Terhadap Kepuasan Kerja Ibu Tunggal. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kebanyakan kajian berkenaan kepuasan kerja telah memberi lebih tumpuan kepada kesan faktor anteseden secara langsung kepada kepuasan kerja. Berdasarkan sorotan literatur, terdapat kurang kajian yang menguji model pengantaraan untuk memahami fenomena kepuasan kerja. Kajian ini secara umum mengkaji peranan konflik kerja-keluarga sebagai pengantara bagi hubungan antara faktor individu, kerja, dan budaya organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan ibu tunggal. Objektif khusus kajian adalah untuk menentukan (i) tahap kepuasan kerja ibu tunggal, (ii) perkaitan antara faktor individu (orientasi peranan gender, lokus kawalan dan keingin-sempurnaan), faktor kerja (konflik tugas dan beban tugas berlebihan) dan faktor budaya organisasi (sokongan penyelia dan keanjalan kerja) terhadap konflik kerja-keluarga, (iii) perkaitan antara faktor individu, faktor kerja, faktor budaya organisasi dan konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan kerja, (iv) peranan konflik kerja-keluarga sebagai pengantara bagi hubungan antara faktor individu dan kepuasan kerja; (v) peranan konflik kerja-keluarga sebagai pengantara bagi hubungan antara faktor kerja dan kepuasan kerja; (vi) peranan konflik kerja-keluarga sebagai pengantara bagi hubungan antara budaya organisasi dan kepuasan kerja. Kajian telah dijalankan ke atas ibu tunggal bekerja yang menetap dan bekerja di Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Perak dan Pahang. Data dikumpul daripada 159 orang ibu tunggal bekerja melalui kaedah hantar dan kutip dengan menggunakan borang soal selidik. Prosedur persampelan bertujuan digunakan untuk memilih pekerja bagi kajian ini. Kriteria pemilihan ialah ibu tunggal yang (i) berumur 45 tahun dan ke bawah, (ii) bekerja sepenuh masa dan, (iii) mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Analisis korelasi, dan analisis laluan dengan menggunakan analisis regresi bersiri dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara lokus kawalan, keingin-sempurnaan, konflik tugas, beban tugas berlebihan dan sokongan penyelia terhadap konflik kerja-keluarga. Konflik kerja-keluarga, lokus kawalan, konflik tugas, beban tugas berlebihan dan sokongan penyelia menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja. Hasil kajian menunjukkan konflik kerja-keluarga memainkan peranan sebagai pengantara bagi hubungan antara lokus kawalan, konflik tugas, dan sokongan penyelia dengan kepuasan kerja. Walau bagaimanapun, konflik kerja-keluarga tidak berperanan sebagai pengantara bagi hubungan antara orientasi peranan gender, keingin-sempurnaan, beban tugas berlebihan, dan keanjalan kerja dengan kepuasan kerja. Hasil kajian ini menyumbang kepada bidang pengetahuan tentang tingkah laku pekerja dengan menyediakan model pengantaraan untuk lebih memahami fenomena kepuasan kerja. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa ciri individu iaitu lokus kawalan dalaman, budaya organisasi yang memberi sokongan kepada pekerja dan ciri kerja iaitu cara kerja yang bersesuaian dengan pekerja, dan pencapaian keseimbangan peranan kerja-keluarga dapat meningkatkan tahap kepuasan kerja seperti yang dijangka berdasarkan teori Conservation of Resources.


Download File

[img]
Preview
PDF
a__FPP_2009_7.pdf

Download (582kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Single mothers - Work and family - Psychological aspects - Case studies
Call Number: FPP 2009 7
Chairman Supervisor: Professor Aminah Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Apr 2010 09:29
Last Modified: 27 May 2013 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5753
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item