UPM Institutional Repository

Penggunaan bahasa kiasan dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram


Citation

Krishnan, Subramaniam (2015) Penggunaan bahasa kiasan dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa kiasan dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Bahasa kiasan mempunyai fungsi untuk menyampaikan sesuatu mesej secara ringkas dan padat yang membawa maksud yang mendalam. Keunikan dan keistimewaan bahasa merupakan satu unsur penting bagi sesebuah karya sastera. Dalam bahasa kiasan Tamil, unsur ini menambahkan lagi keindahan dan keunggulan sastera Tamil. Kajian ini menggunakan 50 bahasa kiasan. Bahasa kiasan ini dipilih daripada drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Lima jenis bahasa kiasan dikenal pasti daripada drama tersebut. Kajian ini mempunya tiga objektif iaitu mengenal pasti jenisjenis bahasa kiasan, membincangkan maksud tersurat dan tersirat di sebalik penggunaan bahasa kiasan dan menghuraikan keistimewaan dan keunikan bahasa kiasan Tamil dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Kajian ini dijalankan berasaskan penelitian aplikasi teori gaya bahasa kiasan (teori tradisional) oleh Keraf(1994). Kajian ini membuktikan bahawa drama Tamil bersiri Nadhaswaram mengandungi pelbagai jenis bahasa kiasan. Penggunaan bahasa kiasan ini memudahkan pemahaman dan penghayatan pendengar terhadap bahasa kiasan. Selain itu,penggunaan bahasa kiasan dalam drama in juga telah memperlihatkan keunggulan sastera Tamil.


Download File

[img]
Preview
Text
FBMK 2015 31RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Tamil literature
Subject: Tamil drama
Call Number: FBMK 2015 31
Chairman Supervisor: Prof. Madya Paramasivam a/l Muthusamy, Phd
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 10 Oct 2017 10:22
Last Modified: 09 Dec 2019 08:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57472
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item