Citation
Krishnan, Subramaniam
(2015)
Penggunaan bahasa kiasan dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa kiasan dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Bahasa kiasan mempunyai fungsi untuk menyampaikan sesuatu mesej secara ringkas dan padat yang membawa maksud yang mendalam. Keunikan dan
keistimewaan bahasa merupakan satu unsur penting bagi sesebuah karya sastera. Dalam bahasa kiasan Tamil, unsur ini menambahkan lagi keindahan dan keunggulan sastera Tamil. Kajian ini menggunakan 50 bahasa kiasan. Bahasa kiasan ini dipilih daripada drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Lima jenis bahasa kiasan dikenal pasti
daripada drama tersebut. Kajian ini mempunya tiga objektif iaitu mengenal pasti jenisjenis bahasa kiasan, membincangkan maksud tersurat dan tersirat di sebalik
penggunaan bahasa kiasan dan menghuraikan keistimewaan dan keunikan bahasa kiasan Tamil dalam drama Tamil bersiri Nadhaswaram. Kajian ini dijalankan berasaskan penelitian aplikasi teori gaya bahasa kiasan (teori tradisional) oleh Keraf(1994). Kajian ini membuktikan bahawa drama Tamil bersiri Nadhaswaram mengandungi pelbagai jenis bahasa kiasan. Penggunaan bahasa kiasan ini memudahkan pemahaman dan penghayatan pendengar terhadap bahasa kiasan. Selain itu,penggunaan bahasa kiasan dalam drama in juga telah memperlihatkan keunggulan sastera Tamil.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |